28 January 2012

Program Ekspedisi Berbasikal Ke Rantau Panjang

Pasukan Kor-SUKSIS Universiti Sultan Zainal Abidin telah mengadakan Program Ekspedisi Berbasikal ke Rantau Panjang bertarikh pada 13 Januari 2012 hingga 16 Januari 2012 bertempat di tiga tempat berkumpul utama iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Kem Pasukan Gerakan Am Batalion 8 dan Balai Polis Rantau Panjang. Aktiviti ini telah melibatkan penyertaan daripada Pegawai Penyelaras, Pegawai Kehormat, Anggota Polis Trafik, Jurulatih, Pegawai Keselamatan , Urusetia dan Anggota Kor Sukarelawan polis Siswa/Siswi (Kor- SUKSIS ) Universiti Sultan Zainal Abidin seramai 80 orang peserta.

PDRM merupakan satu organisasi utama penguatkuasaan undang-undang di dalam Persekutuan Malaysia. Semasa menjalankan undang-undang tersebut perlu ada keyakinan, jati diri, semangat juang yang tinggi dan disiplin yang mantap supaya perlaksanaan undang-undang dapat dijalankan dengan berkesan. Melalui program ekspedisi yang baru sahaja selesai dilakukan para peserta dapat membina semangat tersebut dalam diri masing-masing.

Program aktiviti berbasikal ini telah berlangsung pada tarikh 13,14,15,16, Januari 2012. Tempat-tempat yang menjadi persingahan bermalam sepanjang program ini berlangsung ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Kem Pasukan Gerakan Am Batalion 8 dan Balai Polis Rantau Panjang.

Matlamat program aktiviti berbasikal ini ialah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta ekspedisi di samping Meningkatkan daya bekerjasama antara pasukan dan Mengeratkan silaturrahim antara Suksis UniSZA dan masyarakat. Ia juga untuk Menambah ilmu pengetahuan & mengasah “soft skills” para peserta.

Sepanjang program ekspedisi berbasikal berlangsung, para peserta telah menggunakan 15 buah basikal beserta helmet daripada pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan 30 buah basikal beserta helmet daripada pihak Bomba dan Penyelamat negeri. Selain itu turut mengiringi kami para anggota polis trafik beserta pegawai keselamatan. Sebuah trak polis untuk mengangkut basikal, sebuah ambulans dan sebuah bas turut mengiringi para peserta sepanjang ekspedisi ini berlangsung.

Sepanjang tempoh 3 hari berbasikal seramai 15 orang peserta telah tercedera. Kecederaan merangkumi luka-luka kerana terjatuh sewaktu berkayuh, kecederaan lutut, kaki, dan sebagainya. Namun begitu para peserta tetap bersemangat tinggi dan tidak berputus asa untuk menamatkan ekspedisi hingga ke akhirnya. Tiada masalah besar yang timbul melainkan kecederaan yang dialami oleh para peserta.

Sepanjang tempoh ekspedisi ini berlangsung para peserta teruja dan bersemangat untuk menamatkan kayuhan mereka hingga ke akhirnya. Program yang bersifat santai ini menjadikan para peserta menghilangkan tekanan peperiksaan akhir mereka yang baru sahaja selesai diduduki dengan menikmati pemandangan indah disepanjang jalan yang ditempuhi. Para peserta juga dapat merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat masing-masing. Walaupun kami mengalami beberapa kekangan namun atas usaha bersama, kami Berjaya mengatasi kekangan tersebut dengan jayanya. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.





Hari pertama: Perasmian expedisi berbasikal dari UniSZA untuk ke check point pertama



Semangat mengayuh Basikal untuk sampai ke destinasi akhir untuk hari pertama di IPD besut


Hari pertama: Pembahagian Ibubapa angkat. Di IPD Besut



Aktiviti Malam :Tazkirah Oleh Ustaz syakir. Di IPD Besut

Hari kedua: Menaiki jambatan TOK BALI


Hari kedua: Berhenti rehat di pantai Irama


Hari ketiga: Selamat tiba di Masjid Perpaduan sebelum meneruskan perjalanan ke check point terakhir di Balai Polis Rantau panjang



Hari ketiga: Selamat tiba di Balai Polis Rantau Panjang



Jutaan terima kasih terutamanya kepada pihak universiti (UniSZA) kerana meluluskan dan membenarkan program ini berlangsung. Selain itu kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pegawai keselamatan kerana mengiringi dan memudahkan perjalanan kami serta menjaga keselamatan kami sepanjang tempoh kayuhan berlangsung. Turut tidak ketinggalan pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu dan bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) kerana sudi meminjamkan basikal kepada kami. Tidak dilupakan pegawai kesihatan pengiring yang bertugas untuk merawat kecederaan para peserta. Para-para jurulatih yang mengiringi kami terima kasih diucapkan. Akhir sekali tahniah diucapkan kepada para peserta kerana Berjaya menghadirkan diri, memberikan komitmen serta menamatkan kayuhan masing-masing dengan cemerlang dan jayanya walaupun menghadapi kekangan kecederaan. Diharapkan para peserta mendapat manfaat yang kekal sepanjang program ini berlangsung. Tanpa mereka-mereka yang terlibat program ini tidak mungkin akan berakhir dengan jayanya.