Pada 22 Oktober 2011 yang lalu, bertempat di Bilik Kuliah Blok Othman, telah diadakan satu Majlis Angkat Sumpah Rahsia Kor-SUKSIS UniSZA. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini dihadiri oleh SUPT Kehormat Tuan Nordin Bin Jusoh, Timbalan Komandan Kor-SUKSIS UniSZA, DSP Kehormat Tuan Shahzool Hazimin Bin Azizam, Ajutan Kor-SUKSIS UniSZA, ASP Kehormat Tuan Suhaimi Bin Jusoh, Pegawai Penyelaras Kor-SUKSIS UniSZA, ASP Kehormat, Tuan Muzafar Bin Mohd Din, Pegawai Latihan Luar Kor-SUKSIS UniSZA dan jurulatih-jurulatih Kor-SUKSIS UniSZA.
Majlis ini melibatkan semua anggota Kor-SUKSIS UniSZA dari skuad 2009, 2010 dan 2011. Majlis ini diketuai oleh Presiden Kor-SUKSIS UniSZA, KS56419 Mohd Yusrizal Bin Yaakub. Majlis Angkat Sumpah ini, melambangkan taat setia anggota-anggota Kor-SUKSIS UniSZA kepada negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mengingatkan anggota Kor-SUKSIS akan tanggungjawab yang tergalas dibahu mereka.
SUPT Kehormat, Tuan Nordin Bin Jusoh, Timbalan Komandan Kor-SUKSIS UniSZA dalam ucapannya, menyatakan bahawa sebagai seorang mahasiswa/i berwibawa dan ingin bersaing dipasaran pekerjaan di luar kelak, perlulah memiliki kemahiran insaniah yang tinggi disamping keputusan akademik yang cemerlang. Melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti Kor-SUKSIS ini, sudah semestinya kemahiran-kemahiran seperti ini dapat diperolehi, kerana antara matlamat utama Kor-SUKSIS UniSZA adalah untuk melahirkan mahasiswa/i holistik serta berketrampilan dalam pelbagai bidang.
Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada anggota Kor-SUKSIS UniSZA yang telah menyertai aktiviti berakit dan XTREME games IPT 2011 di Dungun, Terengganu baru-baru ini. Bagi aktiviti berakit, anggota Kor-SUKSIS UniSZA telah berjaya memenangi acara rakit paling laju, manakala bagi aktiviti XTREME games IPT 2011, anggota Kor-SUKSIS UniSZA telah berjaya menggondol tempat ke-6 dari 30 pasukan yang bertanding. Kepada para pemenang, sekalung tahniah diucapkan.