Pada 6 hingga 8 Oktober yang lalu, Kor-Suksis UniSZA telah mengadakan kem mesra yang bertempat di Pusat Kokurikulum Merang, Setiu, Kuala Terengganu. Seramai 29 anggota skuad 2009, 26 anggota skuad 2010, dan 63 anggota skuad 2011 telah mengikuti Kem Mesra 2011 ini. Kem ini bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan skuad baru, 2011 serta mengeratkan lagi silaturrahim antara anggota. Kem ini turut dijayakan oleh beberapa orang jurulatih dan pegawai atasan termasuklah ASP Tuan Suhaimi bin Jusoh, Pegawai Penyelaras, SUPT/KS Tuan Nordin Bin Jusoh, Timbalan Komandan, DSP/KS Tuan Shahzool Hazimin bin Azizam, Ajutan dan ASP/KS Tuan Muzafar bin Mohd Din, Pegawai Latihan Luar. Kem ini telah dirasmikan oleh DSP/KS Tuan Shahzool Hazimin bin Azizam. Beliau ada menegaskan bahawa kem mesra ini bukanlah untuk saling bermesra tetapi lebih kepada untuk membina kekuatan fizikal dan mental anggota - anggota skuad. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama antara anggota skuad 2011 serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara skuad 2009 dan 2011.
Antara aktiviti yang dijalani skuad 2011 pada hari pertama ialah ice breaking. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Cik Aemy dan Cik Zafri. Aktiviti ini berkesan untuk membantu skuad 2011 mengenali sesama mereka. Seterusnya, setelah selesai minum malam, skuad 2011 akan memulakan aktiviti night walk. Aktiviti ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dan membantu mereka menjadi lebih berani dalam menghadapi segala cabaran.
Aktiviti seterusnya pada hari kedua pula ialah ikhtiar hidup iaitu skuad 2011 dikehendaki ke pulau impian dengan membawa barang amanah bersama-sama mereka iaitu sebiji telur. Di pulau tersebut, mereka perlu mencari tin sardin yang telah disorokkan untuk dimasak. Setelah selesai memasak, mereka perlu pulang ke tapak perkhemahan bersama-sama masakan mereka untuk dinilai. Aktiviti ini dapat memupuk sikap kerjasama serta tolak ansur dalam kumpulan. Selain itu, beberapa aktiviti lain juga telah dijalankan pada hari tersebut seperti Misi Mustahil dan lain-lain.
Selepas berakhirnya kem ini, hubungan antara semua anggota menjadi erat dan semangat mereka semakin kental, ini akan menjadikan Kor-SUKSIS UniSZA menjadi pasukan yang terbaik antara yang lain.

Pada hari ketiga, Majlis Perasmian Penutupan Kem Mesra Kor-SUKSIS UniSZA 2011 telah bermula pada jam 4.00 petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh SUPT/KS Tuan Nordin Bin Jusoh.Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan agar mahasiswa/i berusaha menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak universisti. Beliau juga menasihatkan agar anggota-anggota skuad perlu lebih berani menonojolkan diri supaya dapat menjadi contoh kepada mahasiswa/i yang lain.