08 April 2011

BERITA KOR-SUKSIS

EKPEDISI GUNUNG TEBU


Pada 10 Mac hingga 12 Mac 2011, anggota Kor- Suksis 2009 telah mengadakan aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan mental iaitu mendaki Gunung Tebu, Lata Belatan, Terengganu selama 3 hari 2 malam. Seramai 30 anggota lelaki dan 28 anggota perempuan yang terlibat dalam pendakian ini dengan diiringi 7 jurulatih dan juga disertai oleh Tuan Suhaimi bin Jusoh dan Tuan Muhammad Syawalludin bin Md. Tahir.

Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk ekpedisi Gunung Tebu ini. Sebahagian daripada kami bertolak ke Gunung Tebu dalam pukul 3 petang dan pada pukul 9 malam. Setibanya kami disana, kami mendirikan khemah sambil membuat persediaan untuk mendaki Gunung Tebu. Pada keesokan harinya, kami bergerak untuk mendaki dalam pukul 9 pagi bersama 2 orang penunjuk arah yang biasa menguruskan pendakian iaitu Abdullah bin Zakaria dan juga Khairul Bahari bin Arifin. Pendakian tersebut telah mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke puncak. Semasa pendakian, kami telah menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan halangan yang terpaksa kami tempuhi demi sampai ke puncak Gunung Tebu. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, segala-segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas itu, kami mendirikan khemah di puncak disamping membuat aktiviti masing-masing. Keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk turun dari puncak pada pukul 9 pagi dan kami sampai ke kaki gunung dalam pukul 2 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota Kor-Suksis tentang sikap bertolak ansur, bantu-membantu, saling bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara anggota, pegawai dan para jurulatih. Pengalaman yang tidak ternilai sepanjang aktiviti ini ialah kami semua dapat menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan Ilahi dari puncak Gunung Tebu.