JALINAN KASIH UniMAP
Pada tanggal 24 Februari 2011, Kor-Suksis UniSZA Skuad 2009 telah menjalankan aktiviti jalinan kasih bersama-sama Kor-Suksis UniMAP ke Rumah Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi, Perlis dengan kerjasama Kor-Suksis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program ini merupakan program pertama kalinya yang dianjurkan oleh Kor-Suksis UniSZA dengan bekerjasama Kor-Suksis universiti lain. Program ini disertai oleh Skuad 2009 iaitu seramai 30 orang lelaki, 28 orang perempuan, 2 orang pegawai dan 5 orang jurulatih.
Tepat 9.00 malam kami bertolak ke UniMAP dengan 2 buah bas. Pada pukul 8.00 pagi, kami disambut oleh beberapa orang Kor-Suksis dari pihak UniMAP untuk membuat pendaftaran masuk penginapan. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkenalan antara Skuad UniSZA dan Skuad UniMAP. Tujuan program ini dibuat untuk menjalinkan persahabatan serta mengeratkan silaturahim antara Kor-Suksis UniSZA dan Kor-Suksis UniMAP. Disamping itu, kami diberi tayangan slide show tentang aktiviti mereka sepanjang berada dalam Kor-Suksis serta meninjau persekitaran komplek kediaman Kor-Suksis UniMAP. Pada sebelah petang pula, kami diberi peluang melakukan aktiviti bebas bersama pegawai dan juga jurulatih ke sekitar Perlis. Pembukaan majlis di UniMAP dilakukan pada sebelah malam dimana ASP Haji Musa bin Haji Omar, Pegawai Penyelaras Kor-Suksis UniMAP telah memberi ucapan dalam majlis itu. Pada malamnya pula, Skuad 2009 Kor-Suksis UniSZA berpeluang makan malam bersama pegawai serta jurulatih di tepi laut.
Esoknya pada pukul 9.00 pagi, seramai 58 orang Skuad 2009 Kor- Suksis UniSZA dan 56 orang Skuad 2009 Kor- Suksis UniMAP bergerak ke Rumah Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi, Perlis. Setibanya disana, kami diberi sedikit taklimat dan ucapan daripada Cik Jaslina Binti Mohd Jasmi, Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Malaysia, Perlis, Nor Hisham bin Kawordin, Wakil Penguasa, Rumah Seri Kenangan, dan Tuan Shahzool Hazimin bin Azizam, Pegawai Ajutan Kor-Suksis Unisza. Kami semua diberi pendedahan tentang kehidupan di rumah orang tua disamping timbulnya perasaan keinsafan dalam diri kami.
Seterusnya, pada pukul 12.30 tengahari majlis penutupan dirasmikan oleh ASP Tuan Suhaimi bin Jusoh, Pegawai Penyelaras Kor-Suksis UniSZA. Pada pukul 6.00 petang, anggota Kor- Suksis UniSZA membuat persiapan untuk bertolak balik ke UniSZA setelah menetap dua hari di perlis tetapi sebelum kami bertolak balik, kami semua sempat bersinggah ke rumah salah seorang ahli skuad kami iaitu Cik Noor Aemy Binti Mizan dengan dihidangkan makanan disamping menikmati keindahan suasana di tepi laut.
oleh:Unit Blog Suksis
