MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
25 September-Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah. Sambutan hari raya ini telah diadakan pada 16 syawal 1431 di perkarangan kafe baru UniSZA yang bermula pada 12-2.30 petang. Hadirin yang hadir adalah terdiri daripada pegawai penyelaras, Pegawai kehormat, jurulatih-jurulatih, staf-staf UniSZA, anggota kor-suksis skuad 2010, 2009, 2008 dan semua pelajar UniSZA. Objektif sambutan hari raya ini diadakan adalah untuk meraikan hari yang mulia ini. Syawal yang tiba hendaklah disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.
Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya ini, antaranya ialah nyanyian daripada pelajar-pelajar UniSZA, jemputan khas dari luar yang cukup terkenal dengan pangilan "Pok De", acara silap mata oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan pelbagai lagi. Pelbagai juadah yang lazat dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir antaranya ialah nasi putih, gulai daging, lemang, ketupat, tapai dan lain-lain. Para pelajar dan para tetamu yang hadir menjamu selera di khemah-khemah yang disediakan oleh pihak pengurusan UniSZA.
Akhir kata, sempena bulan Syawal yang penuh kemulian ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan antara satu sama lain dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Sengketa kita redakan, yang renggang kita rapatkan, yang jauh kita dekatkan, hal-hal yang lepas kita lupakan. Majlis sambutan Aidilfitri peringkat Universiti Sultan Zainal Abidin ini adalah salah satu medan untuk kita semarakkan kampus ini dengan penuh kemesraan dan persaudaraan yang berkekalan bak kata pepatah "air dicincang takkan putus" dan "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercamtum jua"
oleh:ajk_UNIT BLOG SUKSIS
