PROGRAM BUBUR LAMBUK
28 OGOS 2010- Pada bulan Ramadhan yang diberkati ini, satu program yang amat mulia telah diadakan. Program ini ialah program bubur lambuk yang telah diadakan di padang bola UniSZA yang luas, yang berhampiran dengan kafe Halimatul Saadiah. Program ini bermula pada pukul 10.30- 4.30 petang. Antara yang hadir adalah Pengawai Penyelaras, Pengawai kehormat, jurulatih-jurulatih dan anggota Kor- Suksis skuad 2008 & 2009 dan 2010. Program ini telah dikendali oleh anggota Skuad 2010. Objektif program bubur lambuk ini diadakan adalah untuk melatih anggota- anggota Skuad 2010 untuk mengendalikan sesuatu majlis atau program, disamping itu dapat mengeratkan hubungan antara anggota di bulan yang baik ini.
Program bubur lambuk ini adalah satu kemestian bagi Kor- Suksis UniSZA ini. Program ini sentiasa diadakan pada setiap bulan Ramadhan. Anggota- anggota Skuad 2010 telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sekali. Sebenarnya tugas mengendalikan program ini agak berat dan susah untuk dikendalikan.Tetapi mereka sanggup menyahut cabaran yang telah diberikan oleh Pengawai Penyelaras. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anggota-anggota Skuad 2010 kerana telah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan dedikasi sekali.
Presiden Skuad 2010, Mohd Zairi Bin Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota Kor- Suksis UniSZA kerana telah membantu menjayakan program bubur lambuk ini. ASP/KS Tuan Muzafar bin Mohd Din, Pegawai Latihan Luar juga telah memberikan ucapan yang serba ringkas pada program ini. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan sikap kerjasama antara anggota harus dikekalkan dalam setiap anggota Suksis.
Diakhir program ini telah diadakan satu kejutan bagi anggota Skuad 2009 yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos. Antara anggota Skuad 2009 yang dilahirakn pada bulan Ogos ialah Nor Afida, Siti Hajar, Nurul Liyana, Nurul Aiman, Nurul Ain dan Noor Aiyshah. Anggota Skuad 2009 perempuan telah mengumpul duit untuk membelikan hadiah sempena hari lahir mereka. Dan pada tarikh ini juga, Habsah dari Skuad 2008 juga menyambut hari jadinya. Semua anggota- anggota Skuad 2008, 2009, 2010 mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka semua. Semoga mereka sentiasa diberkati, panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia Dunia dan Akhirat.
Program ini patut diadakan lagi pada masa- masa akan datang. Melalui program seperti ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan damai dalam kalangan anggota Kor- Suksis. Di bulan yang mulia ini, kita haruslah berbuat amal kebajikan dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Bak kata pepatah “Amal Makruf, Nahi Mungkar”.
Oleh:azimahyusof_UNIT BLOG SUKSIS
